Tip Untuk Melupakan Seseorang


Assalamuailakum . 
Hi . hari nie nak kongsi tip untuk melupakan seseorang . . Cik Pelangi yang request . . 

Jangan Simpan Luka itu Dalam Hati

Untuk hal yang satu ini, kamu harus benar–benar memutuskan, apakah kita benar ingin melupakan seseorang, ataukah kita ingin menjadikannya kenangan seumur hidup kita. Kalau kita memang benar–benar mahu melupakan seseorang, jangan sekali–sekali menyimpan segala sesuatu yang akan mengingatkan kita pada orang yang kita cintai. Gambar, video bahkan barang–barang yang mungkin pernah dia berikan kepada kamu, sebaiknya segera disingkirkan. Kerana jika kita terus menyimpannya, itu seperti kita menyimpan luka, membiarkan diri kamu terus berada dalam bayang–bayang orang yang kita cinta.






Cari Kesibukkan

Kamu selalu teringat dengan seseorang yang telah menyakiti hati kamu, ketika kamu sedang berada dalam kekosongan. Biasanya ketika kamu tidak sedang melakukan apapun. Maka dari itu, carilah kegiatan yang akan membantu kamu untuk tidak mengingat orang yang telah menyakiti hati kamu. Kalau boleh cari kegiatan berkala, buat diri kamu sesibuk mungkin, sehingga untuk makan saja kadang kamu lupa, apalagi untuk  membuat  kamu mengingat seseorang yang telah menyakiti hati kamu.



Elakkan Bersendiri Atau Menyendiri

Pada saat mempunyai masalah, kamu terkadang lebih suka menyendiri, tidak suka di ganggu. Ubah kebiasaan kamu itu,kerana itu tidak akan membantu kamu untuk melupakan seseorang. Carilah teman sebanyak–banyaknya, pergilah bersuka ria dengan teman-teman atau sahabat kamu, carilah teman atau sahabat yang benar–benar boleh memahami diri kamu.






Cari Tempat Baru Untuk Melupakan Dia

Elakkan ke tempat–tempat yang mengingatkan kamu pada dirinya, hindarilah segala yang berkaitan dengan dirinya.  Janganlah kamu mengikuti kegiatan yang disukai oleh dia kerana ini boleh membuatkan kamu teringat pada dia. Carilah tempat baru, carilah kegiatan baru dimana kamu tidak akan pernah mengingat dirinya lagi. Jangan mendengar lagu yang sering di dengari oleh dia , dan elakkan bertemu dengannya .






Belajar Untuk Memaafkan Seseorang

Belajarlah untuk memaafkan, walau sakitnya hati kamu, berikan pintu kemaaf untuk dia, kerana dengan memaafkan, nescaya kamu akan lebih mudah untuk melupakan dirinya.






Bukaka Hati Untuk Menerima Orang Lain

Mungkin hal ini yang paling susah dilakukan oleh kamu , tetapi percayalah kamu harus menerima orang lain sebagai penganti diri dia . Walaupun kamu berasa takut untuk menerima orang lain atas apa yang telah berlaku, kamu harus buang perasaan takut dan cuba belajar untuk menerima orang lain agar kamu lebih cepat melupakan dia . 






Cinta Hakiki Pada Tuhan Semata-mata

Ini yang paling kamu sering lupakan . Biarpun dia cinta pertama kamu atau apapun , kamu hendahlah meletak cinta hakiki pada Tuhan dan kembali pada-Nya . Terima ini sebagai ujian agar kamu lebih dekat pada-Nya dan tidak melupakan kewajiban kamu sebagai hamba-Nya . 


sekian tip untuk melupakkan sesorang atau orang yang kita cintai .

No comments: